Peradaban
Mesir terkenal sebagai salah satu di antara sejarah peradaban manusia tertua di
dunia dan dikenali dengan sistem pentadbiran negara paling maju dalam hubungan
sosial di zamannya. Namun masyarakat yang “beradab” ini, pada masa era
pemerintahan Firaun telah menyaduri sistem dajal ke dalam sistem kerajaan
mereka.
Hal ini
disebutkan secara jelas dalam al Quran dalam bahasa yang amat jelas dan nyata.
Mereka bersifat bongkak, angkuh dengan kebanggaan diri. Akhirnya baik peradaban
mereka yang maju, mahupun kemajuan sosial politik mereka bahkan dengan tentera
yang kuat sekalipun tidak mampu menyelamatkan diri ketika mereka dihancurkan.
“Kami
menceritakan kepadamu sebahagian daripada kisah Musa dan Firaun dengan benar
untuk orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Firaun telah berbuat
sewenang-wenangnya di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah,
dengan menindas segolongan daripada mereka, menyembelih anak-anak lelaki mereka
dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya Firaun termasuk
ke dalam orang-orang yang berbuat kerosakan. Dan Kami hendak memberi kurnia
kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan
mereka pemimpin serta menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi ( bumi ). Dan
akan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi serta akan Kami perlihatkan
kepada Firaun dan Haman beserta tenteranya apa yang selalu mereka bimbangkan
daripada mereka itu”
Peradaban bangsa Mesir sangat bergantung kepada kesuburan sungai Nil . Bangsa Mesir telah menetap di lembah Nil kerana suburnya kawasan ini dengan limpahan air yang sentiasa mengalir sehinggakan mereka boleh memanfaatkan tanah dengan kemudahan air yang telah diperolehi daripada sumber pengairan sungai yang tidak tergantung kepada musim hujan.
Peradaban bangsa Mesir sangat bergantung kepada kesuburan sungai Nil . Bangsa Mesir telah menetap di lembah Nil kerana suburnya kawasan ini dengan limpahan air yang sentiasa mengalir sehinggakan mereka boleh memanfaatkan tanah dengan kemudahan air yang telah diperolehi daripada sumber pengairan sungai yang tidak tergantung kepada musim hujan.
Republik
Arab Mesir merupakan sebuah negara yang luas iaitu meliputi 1,002,00 kilo-meter
persegi di Benua Afrika. Namun begitu hanya 4 % daripada tanahnya terdiri
daripada kawasan delta yang amat sesuai untuk pertanian sementara yang lain
adalah kawasan padang pasir dan berbukit. Negara Mesir terbahagi kepada 21
wilayah (muhafazah). Secara amnya, suhu di Republik Arab Mesir ini di antara
7-40 darjah Celcius. Terdapat empat musim yang terdiri daripada:
Musim Sejuk November – Januari
Musim Sejuk November – Januari
Musim Bunga
Februari – April
Musim Panas
Mei - Julai
Musim Luruh
Ogos – Oktober
Agama Islam
menjadi agama rasmi negara dengan dijadikan undang-undang Islam sebagai sumber
perundangan. Sebanyak 94% penduduk adalah beragama Islam dan bakinya beragama
Kristian Katholik . Namun begitu, agama lain turut diberikan kebebasan untuk
dianuti oleh. Bahasa rasmi negara ini ialah bahasa Arab Fushah namun bahasa
Arab Ammmiyah adalah bahasa yang dipraktikkan sehari-hari di negara Mesir ini
sementara Bahasa lnggeris dan Bahasa Perancis menjadi bahasa kedua.
Komodoti
sara hidup di negara ini semakin meningkat dari semasa ke semasa. Ini berikutan
Dasar Ekonomi Terbuka yang diamalkan oleh kerajaan Mesir sekarang yang
menyebabkan meningkatnya kadar sewa rumah dan harga barang-barang keperluan
seharian. Perbelanjaan minima bagi seorang pelajar Malaysia sekarang dalam
lingkungan USD50 sebulan .
Usianya telahpun menjangkau lebih seribu abad. Bangunan-bangunan lama masih
terus didiami, lorong-lorong gelap penuh dengan sampah-sarap, lopak-lopak air
dan pelbagai lagi keadaan yang menggambarkan betapa berusianya bandar ini.
Walau bagaimanapun, situasi ini seakan tidak terasa, hilang terselindung di
sebalik kegemilangan sinar mutiara agung para cendekiawan Mesir, Al Azhar.
Al-Azhar adalah pusat ilmu yang melahirkan professional Islam yang sering
menggegarkan dunia jahiliyyah. Segala permasalahan masyarakat dapat ditangani
oleh mereka secara syura. Akibatnya Pihak musuh sentiasa merancang pelbagai
strategi untuk menjatuhkan Al Azhar. Semakin hari Al-Azhar semakin berkembang
dan semakin ramai tokoh pemikir Islam yang sejati dilahirkan. Antaranya Dr.
Yusuf al-Qardhawi, Dr Omar Hashim, Dr Sayyid Ahmad Musayyar, Dr Musa Syahin
Lashin, Dr Ali Jumaah, Dr. Husin Husin Syuhatah dan ramai lagi.
Selain itu Al-Azhar juga membuka cawangan-cawangan di beberapa muhafazah
(daerah besar) di Mesir. Sehingga ke saat ini Universiti Al Azhar telah
memiliki berbagai-bagai cabang hubungan antarabangsa di dalam bidang pendidikan
dan hampir ke seluruh di negara-negara Eropah, Afrika, dan Asia ,seperti
Indonesia, Thailand, China dan lain-lain lagi
Universiti al-Azhar menjadi simbol kepada para penerus warisan perjuangan Islam baik di Timur mahupun di Barat. Ia merupakan benteng pertahanan keilmuan dan pemikiran daripada terjahan dan serangan musuh-musuh Islam.
Universiti al-Azhar menjadi simbol kepada para penerus warisan perjuangan Islam baik di Timur mahupun di Barat. Ia merupakan benteng pertahanan keilmuan dan pemikiran daripada terjahan dan serangan musuh-musuh Islam.
Al-Azhar merupakan lembaga keilmuan Islam yang besar yang menjaga turath
Islamiyyah dan menyebarkan misi dan amanah Islami kepada segenap umat di
pelosok-pelosok bumi. Kini, masjid yang bersejarah yang telah dibina oleh
arkitek Islam di zaman pemerintahan Fatimiyyah, Jauhar as-Saqali tetap utuh dan
kekal walaupun ia bukan lagi seratus peratus bercorakkan binaan dan kesenian
asli seperti pada zaman beliau. Walau bagaimanapun, fungsinya sebagai pusat
penyebaran ilmu Islam tetap gemilang sehingga sekarang.
Kedudukannya di Kota Kaherah sejak era Fatimiyyah lagi masih tidak
melunturkan kesan khazanah ilmu walaupun bangunannya yang antik sering
dibaik-pulih, namun ia terus bercahaya melahirkan intelektual Islam mencorak
masyarakat masa hadapan. Mengikut catatan sejarah, Khalifah Aziz Billah
merupakan pengasas kepada penubuhan universiti Islam pertama di dunia iaitu Al
Azhar. Pemugaran masjid tersebut sentiasa terserlah sejak zaman berzaman.
Masjid Saidina Amru al-‘As merupakan masjid yang pertama didirikan di
kawasan benua Afrika ini. Masjid ini telah dibina oleh Saidina Amru ibn al ‘As
bersama beberapa orang sahabat ketika itu. Khalifah Umar al Khattab radhiAllahu
an.hu telah memeberi tanggungjawab kepada Amru al ‘As untuk membina masjid
setibanya berjaya membuka Mesir. Pembinaannya dimulakan pada tahun 21H / 641M
di Fustat , Ibu Kota Mesir pada waktu itu sebelum Kaherah.
Dengan berbekalkan kumpulan tenaga kerja yang lebih 60 orang sahabat
baginda Rasulullah Sallallahu alaihi
wassalam. Masjid ini dibina dan ia dikenali sebagai Masjid Amru al ‘As
bersempena dengan nama panglima Islam yang telah membuka Mesir.
Pada peringkat awal , ia merupakan masjid yang menjalankan pengajian
keilmuan yang tulen dari ulama' yang ikhlas menyatakan ilmu Allah Taala. Imam
Syafei rahimahu’Llah telah memulakan kelas pengajiannya di dalam masjid ini dan
memperkenalkan mazhab barunya yang dikenali sebagai 'Mazhab Jadid'. Masjid ini
telah beberapa kali mengalami proses pemulihan dan perluasan. Hingga kini
proses pemuliharaan dan pengindahan masjid ini masih terus dijalankan oleh
pihak kerajaan Mesir bagi menjaga keindahan dan keunikannya dari zaman
berzaman.
Masjid ini terletak berhampiran
dengan Masjid Al-Azhar. Menurut setengah pendapat ada yang menyatakan kepala
Saidina Husein dikebumikan di sini. Sesetengah pendapat lain pula menyatakan
kepala beliau dikebumikan di Baqi', Madinah al Munawwarah. Dikatakan
juga di dalam masjid ini tersimpan barang peninggalan Rasulullah sallAllahu
alai wasalam seperti pakaiannya, celak, sejengkal bahagian tongkat Rasulullah
dan beberapa helai janggut Baginda juga helaian al Quran yang ditulis oleh
Saidina Ali KaramAlahu wajhah. Kebetulan al Quran tersebut merupakan al Quran
yang dibaca oleh Saidina Osman radhiAllahu an.hu sewaktu beliau dibunuh.
Namun sejauh mana kebenaran situasi dan lokasi berlakunya peristiwa tersebut tidak dapat dipastikan kesahihannya. Masjid ini juga pernah menjadi Masjid Negara Mesir sebelum perpindahannya ke Masjid baru yang terletak di Abbasiyyah yang dikenali sebagai Masjid anNur yang kekal sehingga sekarang.
Namun sejauh mana kebenaran situasi dan lokasi berlakunya peristiwa tersebut tidak dapat dipastikan kesahihannya. Masjid ini juga pernah menjadi Masjid Negara Mesir sebelum perpindahannya ke Masjid baru yang terletak di Abbasiyyah yang dikenali sebagai Masjid anNur yang kekal sehingga sekarang.
bandar sabung ayam
ReplyDelete